26 September 2020

MINIT MESYUARAT EKSA ZON NILAM BIL 3/2020

 

MINIT MESYUARAT HASIL PENEMUAN DAN PENAMBAHBAIKAN AUDIT DALAMAN EKSA ZON NILAM BIL 3/2020


TARIKH   : 14.8.2020

MASA     : 10.00 pagi – 11.00 pagi

TEMPAT : RUANG LEGAR KKIA

 

SENARAI KEHADIRAN :

1)      DR RUFAIDAH BINTI SHAIDAN

2)      PF NURUL AIN MOHAMAD TARMIZI

3)      PT AZUWANA  BINTI MOHD RAZALI

4)      KJK HASNAH OMAR

5)      JM NURIZAN BINTI ABDULLAH

6)      JM NOR ASMAH

7)      PF HAZIRA BINTI MOHD ROSLEY

8)      JM ROHAYU ZAMANI

9)      JM SUAZLIANA BINTI YEOP AHMAD

10)   JM SITI SURIATI BTE SULAIMAN

11)   JM RUSNAWATI BT OTHMAN

12)   JM SALMAH BT HASHIM

13)   JM JAMSURINA BT RAHAMAN

14)   PPK HASLINDA BT SAPIAN

15)   PA AFIDAH BT ABDULLAH

16)   PA NURUL AZWA

17)   JM SUHAIDA BT ROSLAN

18)   PPF SOFIENAS BINTI ABD SAMAD

19)   JM NOOR HANA ABU HASSAN

20)   PKB KAMARUZZAMAN

21)   PPH NOOR HANIMA BT ABDUL HALIM

22)   PPK ABDUL HALID

23)   MA AHMAD HAMBALI BIN NORDIN

24)   JK SITI NURAMIZA AZMIN

 

1.0   PENGENALAN EKSA

1.1) Ketua zon memberikan penerangan mengenai latar belakang EKSA, logo dan dasar EKSA. Beliau mengingatkan semua anggota agar sentiasa mengamalkan eksa di ruang kerja masing-masing.

Tindakan/makluman: Semua anggota

 

2.0   PEMBENTANGAN AUDIT DALAMAN

2.1) Didapati hampir semua pelan lantai dan suis di semua unit adalah tidak tepat. Diminta semua PIC untuk berbincang dengan ketua zon dan membuat pelan yang baru.

Tindakan/makluman: PIC unit

 

2.2) Setiap barang yang disimpan perlu dilabel dengan betul. Jangan simpan barang yang tidak sepatutnya di kawasan yang berkenaan.

Tindakan/makluman: Semua anggota

 

2.3) Alatan pinggan mangkuk di pantri perlu di susun dengan kemas dan teratur selepas digunakan. Ketua zon menggesa agar semua anggota bertanggungjawab apabila menggunakan pantri dan jaga kebersihan pantri bersama sama.

Tindakan/makluman: Semua anggota

 

2.4) Setiap alatan dan mesin perlu ada tatacara penggunaan. Diminta PIC setiap bilik menyediakan tatacara pengunaan bagi setiap alatan dan mesin.

Tindakan/makluman: PIC unit

 

2.5) Fail, buku dan borang yang digunakan sewaktu bekerja tidak boleh diletakkan berselerak di atas meja. Ianya perlu disusun di dalam laci/bekas tertutup untuk mengekalkan kekemasan.

Tindakan/makluman: Semua anggota 

 

2.6) Setiap bilik perlu menyediakan etika penggunaan. Bilik kad adalah contoh terbaik kerana mempunya etika penggunaan.

Tindakan/makluman: PIC unit 

 

2.7) Auditor memberi teguran agar makmal dan bilik 5 melakukan penambahbaikan secara menyeluruh. Ketua zon meminta anggota lain agar turut membantu mereka untuk membuat persiapan EKSA.

Tindakan/makluman: Semua anggota

 

2.8) Warna label penjimatan tenaga di suis dijumpai berbeza di sesetengah tempat. Ketua zon telah menetapkan label penjimatan tenaga adalah berwarna kuning dan label penjimatan air adalah berwarna biru.

Tindakan/makluman: PIC unit

 

2.9) Setiap fail dan dokumen yang disimpan perlu ada master index.

Tindakan/makluman: PIC unit

 

2.10) Pemakluman mengenai sudut maya EKSA iaitu blog EKSA Zon Nilam kepada semua anggota. Auditor memaklumkan bahawa semua anggota perlu tahu kewujudan blog EKSA dan mengunjungi blog berkenaan untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti EKSA.

Tindakan/makluman: Setiausaha EKSA & semua anggota

  

 

3.0   CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

3.1) Cadangan untuk membeli satu rak atau laci untuk meletakkan beg anggota yang tidak mempunyai laci persendirian. Namun untuk penjimatan kos, anggota boleh membuat inovasi menggunakan barangan terpakai untuk menyediakan ruang menyimpan beg.

Tindakan/makluman: Ketua zon & anggota terlibat

 

3.2) Cadangan bergotong royong untuk penambaikan di unit masing-masing. Cadangan pertama adalah semua anggota dikehendaki melakukan gotong royong bermula pukul 5 petang sehingga 7 malam setiap hari selama seminggu. Cadangan kedua adalah  semua anggota perlu datang bergotong royong pada hari Sabtu. ‘Claim time off’ akan diberikan kepada anggota.

Tindakan/makluman: semua anggota

 

3.3) Cadangan untuk meletakkan label pergerakan staff di setiap meja kerja.

Tindakan/makluman: AJK EKSA

 

3.4) Cadangan untuk meletak logo EKSA di setiap meja dan menempah baju t-shirt EKSA untuk tujuan promosi.

Tindakan/makluman: AJK EKSA

 

3.5) Pengiktirafan unit mengikut kategori akan diberikan oleh JK EKSA setelah penambahbaikan dibuat.

Tindakan/makluman: AJK EKSA

 

4.0   PENUTUP

4.1) Ketua zon mengingatkan penambahbaikan perlu dilakukan dalam masa 2 minggu lagi iaitu pada awal bulan September 2020. Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 11 pagi dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.


 

Disediakan oleh  :                                                                               Disahkan oleh   :

 

NURUL AIN MOHAMAD TARMIZI                                              DR RUFAIDAH BINTI SHAIDAN

SETIAUSAHA EKSA ZON NILAM                                                KETUA EKSA ZON  NILAM