Pada 10 Januari 2019 telah diadakan satu Mesyuarat Bil.1/2019 EKSA ZON NILAM Klinik Kesihatan Parit bertempat di ruang menunggu KKIA pada pukul 3.00 petang.
Mesyuarat pada kali ini diadakan bertujuan untuk membuat rombakan AJK lama yang telah bertukar dari Klinik Kesihatan Parit. Selain itu, dimaklumkan satu gotong royong PERDANA EKSA klinik kesihatan akan diadakan pada 11 Januari 2019 di semua unit bagi menghadapi Audit EKSA yang akan dijalankan pada 17 Januari 2019.
Pasukan juruaudit dari PKD Perak Tengah diketuai oleh Datin Dr. Yuhanis Fazlina akan datang ke Klinik Kesihatan Parit pada pukul 11.00 pagi. Justeru itu, semua anggota diberi kebenaran untuk memakai pakaian sukan bagi tujuan gotong royong perdana EKSA 2019.
Jutaan terima kasih kepada anggota yang dapat menghadiri Mesyuarat EKSA Bil.1/2019 Zon Nilam Klinik Kesihatan Parit.
No comments:
Post a Comment