6 October 2020
TAKLIMAT PROMOSI EKSA
Pada 27 Mac 2020 yang lalu, Matron Rohani telah memberikan
pengenalan dan pendedahan berkaitan EKSA
kepada semua anggota Klinik Kesihatan Parit. Beliau mengingatkan anggota
tentang komponen komponen penting dalam EKSA. Diharapkan semua anggota sentiasa
mengamalkan dan mempraktikkan EKSA di tempat kerja.
PENGIKTIRAFAN UNIT TERBAIK 2020
5 October 2020
PENYERAGAMAN ZON NILAM
Untuk menampilkan imej korporat di zon nilam, beberapa penyeragaman telah dilakukan. Antaranya ialah, penyeragaman warna cat dinding, penyeragaman tetulang fail, penyeragaman warna langsir dan pembalut meja.
Sebelum ini, warna cat dinding klinik kesihatan parit adalah mengikut warna unit masing-masing kuning, hijau, merah dan merah jambu. Kini, warna cat dinding klinik diseragamkan menggunakan warna cream (merry white) standard warna KKM untuk memberikan imej korporat kepada klinik.
Kerja pembersihan dinding dilakukan sebelum kerja
mengecat dilakukan.
Kerja-kerja mengecat dilakukan oleh warga klinik Kesihatan Parit sendiri secara beramai-ramai. Bilik 3,4,5,6,7. bilik penyusuan,bilik pantry, bilik autoclave MCH, bilik suntikan MCH, ruang legar MCH adalah antara bilik-bilik yang berjaya dicat sehingga 18/09/2020.
Semua
pembalut meja diseragamkan dengan satu warna sahaja yang lebih berimej korporat nampak kemas
dan bersih.
AMALAN HIJAU : PENJIMATAN TENAGA
Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di klinik dengan melaksanakan program seperti penjimatan sumber dengan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga secara optimum (eg : notis peringatan penjimatan elektrik)
ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN KOS
Kesan
daripada membaikpulih perabot, perabot-perabot yang kelihatan usang dibaikpulih
menjadi perabot ‘ baru’ , cantik dan kemas.
4 October 2020
ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN RUANG
Masalah
yang dikenalpasti di bilik 6 (bilik ultrasound) adalah ruang bilik sempit,
susunatur perabot tidak sesuai, hazardous dan penggunaan warna yang tidak
korporat.
Jelas, ruang kelihatan lebih luas, kemas, bersih, susun atur yang functional dan berimej lebih korporat. Penambahbaikan yang dilakukan adalah, mengecat warna bilik kepada warna standard KKM, ubah susunatur perabot dan sisih barang-barang yang tidak diperlukan. Pada asalnya meja bilik 6 mempunyai masalah ‘drawer’ yang tidak berfungsi, permohonan meja baru dan aduan kerosakan telah dihantar. Sementara menunggu meja baru, warga klinik telah menggunakan kreativiti membaikpulih perabot meja. Drawer yang tidak berfungsi dan agak hazardous
Gambar di
atas menunjukkan keadaan ruang legar OPD sebelum penambahbaikan dan selepas
3 October 2020
ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN MASA
Pada awal bulan Jun 2020 sehingga pertengahan bulan Julai 2020, telah berlaku renovasi, pembaikkan struktur Klinik Kesihatan Parit yang melibatkan kaunter daftar, bilik kad dan kecemasan.
Gambar di bawah adalah bilik 5 (prosedur dan kecemasan) yang lama. Sebelum renovasi, bilik 5 terletak di tengah-tengah bangunan. Selepas renovasi, ruang/bilik 5 yang lama telah dijadikan bilik kad, kaunter daftar Klinik Kesihatan Parit yang baru, sudut pembantu tadbir, dan bilik MA kanan. Manakala bilik 5/kecemasan yang baru terletak di sebelah kiri pintu masuk utama dan mempunyai entrance sendiri memudahkan dan menjimatkan masa pengendalian kes-kes kecemasan serta keselesaan kepada pelanggan dan petugas kesihatan.