5 October 2020

PENYERAGAMAN ZON NILAM

Untuk menampilkan imej korporat di zon nilam, beberapa penyeragaman telah dilakukan. Antaranya ialah, penyeragaman warna cat dinding, penyeragaman tetulang fail, penyeragaman warna langsir dan pembalut meja. 

Sebelum ini, warna cat dinding klinik kesihatan parit adalah mengikut warna unit masing-masing kuning, hijau, merah dan merah jambu. Kini, warna cat dinding klinik diseragamkan menggunakan warna cream (merry white) standard warna KKM untuk memberikan imej korporat kepada klinik.


Kerja pembersihan dinding dilakukan sebelum kerja mengecat dilakukan.







Kerja-kerja mengecat dilakukan oleh warga klinik Kesihatan Parit sendiri secara beramai-ramai. Bilik 3,4,5,6,7. bilik penyusuan,bilik pantry, bilik autoclave MCH, bilik suntikan MCH, ruang legar MCH adalah antara bilik-bilik yang berjaya dicat sehingga 18/09/2020.







Warna tetulang fail telah diseragamkan dengan warna biru muda manakala warna nombor fail adalah mengikut warna unit masing-masing. Kuning - farmasi, merah jambu - KKIA, hijau - makmal, merah - OPD









Warna langsir zon nilam telah diseragamkan dengan warna jingga.







Semua pembalut meja diseragamkan dengan satu warna sahaja yang  lebih berimej korporat nampak kemas dan bersih.




No comments:

Post a Comment