6 October 2020

GARIS PANDUAN PENYERAGAMAN EKSA ZON NILAM

 







































TAKLIMAT PROMOSI EKSA

 

Pada 27 Mac 2020 yang lalu, Matron Rohani telah memberikan pengenalan dan pendedahan berkaitan EKSA  kepada semua anggota Klinik Kesihatan Parit. Beliau mengingatkan anggota tentang komponen komponen penting dalam EKSA. Diharapkan semua anggota sentiasa mengamalkan dan mempraktikkan EKSA di tempat kerja. 







 

 


PENGIKTIRAFAN UNIT TERBAIK 2020


Ucapan tahniah kepada bilik 6 kerana telah dianugerahkan sebagai unit terbaik di Klinik Kesihatan Parit kerana telah memenuhi kriteria komponen EKSA. Anugerah disampaikan oleh Y/M Klinik Kesihatan Parit, Dr. Norlina Anuar kepada Dr. Nik Khadijah selaku PIC bilik 6. Diharapkan bilik 6 boleh mengekalkan kekemasan dan sentiasa mengamalkan EKSA sepanjang masa. Kepada unit lain, sila teruskan usaha untuk memperbaiki segala kekurangan pada masa akan datang.







5 October 2020

PENYERAGAMAN ZON NILAM

Untuk menampilkan imej korporat di zon nilam, beberapa penyeragaman telah dilakukan. Antaranya ialah, penyeragaman warna cat dinding, penyeragaman tetulang fail, penyeragaman warna langsir dan pembalut meja. 

Sebelum ini, warna cat dinding klinik kesihatan parit adalah mengikut warna unit masing-masing kuning, hijau, merah dan merah jambu. Kini, warna cat dinding klinik diseragamkan menggunakan warna cream (merry white) standard warna KKM untuk memberikan imej korporat kepada klinik.


Kerja pembersihan dinding dilakukan sebelum kerja mengecat dilakukan.







Kerja-kerja mengecat dilakukan oleh warga klinik Kesihatan Parit sendiri secara beramai-ramai. Bilik 3,4,5,6,7. bilik penyusuan,bilik pantry, bilik autoclave MCH, bilik suntikan MCH, ruang legar MCH adalah antara bilik-bilik yang berjaya dicat sehingga 18/09/2020.







Warna tetulang fail telah diseragamkan dengan warna biru muda manakala warna nombor fail adalah mengikut warna unit masing-masing. Kuning - farmasi, merah jambu - KKIA, hijau - makmal, merah - OPD









Warna langsir zon nilam telah diseragamkan dengan warna jingga.







Semua pembalut meja diseragamkan dengan satu warna sahaja yang  lebih berimej korporat nampak kemas dan bersih.




AMALAN HIJAU : PENJIMATAN TENAGA


Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di klinik dengan melaksanakan program seperti penjimatan sumber dengan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga secara optimum (eg : notis peringatan penjimatan elektrik)


Meletakkan label penjimatan bekalan elektrik dan air di suis dan paip



Menutup lampu semasa waktu rehat (pukul 1-2 petang) untuk menjimatkan bekalan elektrik


ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN KOS

 

Kesan daripada membaikpulih perabot, perabot-perabot yang kelihatan usang dibaikpulih menjadi perabot ‘ baru’ , cantik dan kemas.

















4 October 2020

ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN RUANG


Unit farmasi telah melakukan pengubahsuaian yang melibatkan susun atur perabot agar kelihatan lebih luas. Gambar di bawah menunjukkan gambar sebelum dan selepas pengubahsuaian. Ruang kelihatan lebih luas berbanding sebelumnya. Hal ini juga lebih memudahkan pergerakan anggota semasa proses kerja dilakukan.








Masalah yang dikenalpasti di bilik 6 (bilik ultrasound) adalah ruang bilik sempit, susunatur perabot tidak sesuai, hazardous dan penggunaan warna yang tidak korporat. Gambar di bawah adalah bilik 6 pada awal bulan Julai 2020 selepas aktiviti EKSA, susun, sisih dan sapu.


Jelas, ruang kelihatan lebih luas, kemas, bersih, susun atur yang functional dan berimej lebih korporat. Penambahbaikan yang dilakukan adalah, mengecat warna bilik kepada warna standard KKM, ubah susunatur perabot dan sisih barang-barang yang tidak diperlukan. Pada asalnya meja bilik 6 mempunyai masalah ‘drawer’ yang tidak berfungsi, permohonan meja baru dan aduan kerosakan telah dihantar. Sementara menunggu meja baru, warga klinik telah menggunakan kreativiti membaikpulih perabot meja. Drawer yang tidak berfungsi dan agak hazardous 





Gambar di atas menunjukkan keadaan ruang legar OPD sebelum penambahbaikan dan selepas penambahbaikkan dilakukan : ruang lebih luas, functional dan kemas.



3 October 2020

ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN MASA

Pada awal bulan Jun 2020 sehingga pertengahan bulan Julai 2020, telah berlaku renovasi, pembaikkan struktur Klinik Kesihatan Parit yang melibatkan kaunter daftar, bilik kad dan kecemasan.

Gambar di bawah adalah bilik 5 (prosedur dan kecemasan) yang lama. Sebelum renovasi, bilik 5 terletak di tengah-tengah bangunan. Selepas renovasi, ruang/bilik 5 yang lama telah dijadikan bilik kad, kaunter daftar Klinik Kesihatan Parit yang baru, sudut pembantu tadbir, dan bilik MA kanan. Manakala bilik 5/kecemasan yang baru terletak di sebelah kiri pintu masuk utama dan mempunyai entrance sendiri memudahkan dan menjimatkan masa pengendalian kes-kes kecemasan serta keselesaan kepada pelanggan dan petugas kesihatan.




Bilik kecemasan yang baru menempatkan 4 katil. Lebih ramai pesakit boleh dikendalikan pada satu masa berbanding bilik kecemasan yang lama. Seterusnya mengurangkan masa menunggu pesakit. Ruang yang lebih besar juga memberi keselesaan kepada staf dan pelanggan.