Showing posts with label AKTIVITI EKSA. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI EKSA. Show all posts

5 October 2020

PENYERAGAMAN ZON NILAM

Untuk menampilkan imej korporat di zon nilam, beberapa penyeragaman telah dilakukan. Antaranya ialah, penyeragaman warna cat dinding, penyeragaman tetulang fail, penyeragaman warna langsir dan pembalut meja. 

Sebelum ini, warna cat dinding klinik kesihatan parit adalah mengikut warna unit masing-masing kuning, hijau, merah dan merah jambu. Kini, warna cat dinding klinik diseragamkan menggunakan warna cream (merry white) standard warna KKM untuk memberikan imej korporat kepada klinik.


Kerja pembersihan dinding dilakukan sebelum kerja mengecat dilakukan.







Kerja-kerja mengecat dilakukan oleh warga klinik Kesihatan Parit sendiri secara beramai-ramai. Bilik 3,4,5,6,7. bilik penyusuan,bilik pantry, bilik autoclave MCH, bilik suntikan MCH, ruang legar MCH adalah antara bilik-bilik yang berjaya dicat sehingga 18/09/2020.







Warna tetulang fail telah diseragamkan dengan warna biru muda manakala warna nombor fail adalah mengikut warna unit masing-masing. Kuning - farmasi, merah jambu - KKIA, hijau - makmal, merah - OPD









Warna langsir zon nilam telah diseragamkan dengan warna jingga.







Semua pembalut meja diseragamkan dengan satu warna sahaja yang  lebih berimej korporat nampak kemas dan bersih.




16 August 2020

GAMBAR SEBELUM SELEPAS

Sebelah kiri adalah gambar kaunter pendaftaran lama dan sebelah kanan adalah kaunter pendaftaran yang telah diubahsuai dan berpindah ke lokasi baru


Sebelah kiri adalah rak kad pesakit di bilik lama dan sebelah kanan adalah lokasi bilik kad baru yang lebih luas dan tersusun


Sebelum ini PPPK hanya mempunyai ruang sahaja dan berkongsi dengan bilik kad. Kini PPPK telah berpindah ke bilik sendiri yang lebih selesa dan privasi.



Sebelah kiri ada gambar sudut kendiri di ruang legar OPD. Kini ruangan tersebut telah dijadikan sebagai kaunter temujanji


Sebelah kiri adalah gambar sudut triage yang agak sesak dengan bermacam barangan di atas meja. Sebelah kanan adalah gambar selepas proses susun atur yang kelihatan lebih kemas



Sebelah kiri adalah gambar bilik fundus yang bekongsi dengan stor farmasi. Label ubat juga disimpan dalam bilik fundus. Selepas proses susun atur, bilik fundus kelihatan lebih luas dan rak label ubat juga telah dikeluarkan dari bilik fundus.

Kiri adalah gambar bilik pegawai perubatan 4 sebelum dicat manakala kanan adalah gambar selepas dicat dinding yang menampakkan bilik lebih luas

Kiri adalah gambar bilik pegawai perubatan 6 yang tidak teratur dan agak sempit manakala kanan adalah gambar selepas di susun atur yang kelihatan lebih luas dan kemas


Dinding pantri juga telah dicat baru untuk menampakkan imej korporat


Dinding bilik penyusuan juga telah dicat agar kelihatan lebih korporat
 



15 August 2020

AMALAN HIJAU : PENGGUNAAN SEMULA BAHAN TERPAKAI

Berikut adalah idea dan kreativiti yang telah dihasilkan untuk mengguna semula bahan terpakai.

Penghasilan recycle bin daripada kotak terpakai


Penghasilan peti surat daripada kotak terpakai


Guna semula kotak terbuang sebagai tempat meletakkan sampah dan kertas recycle



Menggunakan kotak terpakai untuk dijadikan tempat pemulangan inhaler



Guna semula kotak terpakai untuk dijadikan bekas menyimpan wayar yang berselirat di dinding. Wayar tidak kelihatan serabut lagi dan lebih kemas.





LATIHAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM API

Pada 10 Julai 2020, latihan kebakaran telah diadakan yang melibatkan semua anggota Klinik Kesihatan Parit. Latihan ini dijalankan dengan kerjasama pihak balai bomba Parit. Demonstrasi memadam api juga turut dijalankan di kawasan tempat meletak kenderaan. Beberapa orang anggota diminta untuk menjalankan demonstrasi memadam api untuk mendedahkan mereka dengan teknik memadam api yang betul.












10 August 2020

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA

Gotong royong membersihkan kawasan klinik telah dijalankan. Terima kasih kepada semua staff yang bertungkus lumus menjayakan gotong royong ini. 









Aktiviti mengecat dinding bilik penyusuan dengan warna baru agar kelihatan lebih korporat





Aktiviti mengecat dinding bilik pantri


             
Membersih kawasan ruang legar OPD



Aktiviti mengecat bilik MO 3



Menyusun fail dan dokumen di ruang KKIA



Aktiviti membersih dan menyusun atur ruang KKIA