Pada 13 Ogos 2020, audit dalaman EKSA Zon Nilam telah dijalankan yang diketuai oleh En Mohd Azlan. Auditor lain yang turut membantu ialah Pn Normazmein dan Pn Siti Hasmiza. Audit telah berlangsung bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang meliputi semua unit bermula dari unit KKIA hingga ke BAKAS. Pelbagai teguran telah diterima dan penambahbaikan perlu dilakukan untuk pemantauan akan datang.
Showing posts with label LAPORAN JAWATANKUASA. Show all posts
Showing posts with label LAPORAN JAWATANKUASA. Show all posts
17 August 2020
15 August 2020
TAKLIMAT DAN LATIHAN EKSA
Pada 10 Julai 2020, taklimat dan latihan berkenaan EKSA telah diberikan kepada semua anggota. Taklimat ringkas ini bertujuan untuk memperkukuhkan kesedaran anggota mengenai EKSA supaya mereka sentiasa mengamalkan 5s di tempat kerja. Pendedahan berkaitan komponen di dalam EKSA juga turut diterangkan supaya mereka lebih jelas dan memahami apa itu EKSA.
KURSUS EKSA PKD PERAK TENGAH TAHUN 2020
Pada 4 Februari 2020, Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah yang dihadiri oleh ahli jawatankuasa EKSA daripada setiap zon di daerah Perak Tengah. Ceramah dan latihan telah diberikan oleh Cik Multazimah bt Rafie. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota PKD Perak Tengah berkaitan dengan EKSA.



