Aktiviti kecergasan senamrobik diadakan pada setiap minggu pada hari ISNIN, RABU & JUMAAT.
13 January 2019
MESYUARAT EKSA BIL 1/2019 ZON NILAM
Pada 10 Januari 2019 telah diadakan satu Mesyuarat Bil.1/2019 EKSA ZON NILAM Klinik Kesihatan Parit bertempat di ruang menunggu KKIA pada pukul 3.00 petang.
Mesyuarat pada kali ini diadakan bertujuan untuk membuat rombakan AJK lama yang telah bertukar dari Klinik Kesihatan Parit. Selain itu, dimaklumkan satu gotong royong PERDANA EKSA klinik kesihatan akan diadakan pada 11 Januari 2019 di semua unit bagi menghadapi Audit EKSA yang akan dijalankan pada 17 Januari 2019.
Pasukan juruaudit dari PKD Perak Tengah diketuai oleh Datin Dr. Yuhanis Fazlina akan datang ke Klinik Kesihatan Parit pada pukul 11.00 pagi. Justeru itu, semua anggota diberi kebenaran untuk memakai pakaian sukan bagi tujuan gotong royong perdana EKSA 2019.
Jutaan terima kasih kepada anggota yang dapat menghadiri Mesyuarat EKSA Bil.1/2019 Zon Nilam Klinik Kesihatan Parit.
9 April 2018
8 April 2018
16 January 2018
PENGIKTIRAFAN ZON BEBAS HABUK BULAN JANUARI 2018
PENGIKTIRAFAN ZON BEBAS HABUK BAGI ZON NILAM 2018
PADA 15HB JANUARI 2018 TELAH DI JALANKAN SATU SESI PENGAUDITAN BAGI MENILAI KAWASAN PIC PALING BEBAS HABUK.
PENJURIAN TELAH DIJALANKAN OLEH PKA MAZLAN, PKA MOHD HAFIZ DAN KAKITANGAN PERGIGIAN IAITU EN SHARIMAN.
HASIL DARIPADA PENJURIAN TERSEBUT, PIC TANDAS WANITA TELAH DIANUGERAHKAN SEBAGAI PIC BEBAS HABUK BAGI BULAN JANUARI TAHUN 2018
PENYAMPAI SIJIL PENGIKTIRAFAN TELAH DIBERIKAN KEPADA PN RASIA'AH BT YAHAYA OLEH KETUA ZON NILAM DR MAZLIANA BT ABD GHAPAR PADA 17HB JANUARI 2018
TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA PUAN RASIAAH, SEMOGA PENGIKTIRAFAN INI AKAN MENYUNTIK SEMANGAT KEPADA SEMUA AHLI ZON.
4 January 2018
MINIT MESYUARAT EKSA 2018
Mesyuarat EKSA Klinik Kesihatan Parit
Tarikh : 5hb Januari 2018
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik 7 KKIA
Dihadiri oleh wakil setiap unit
Perbincangan :
- Aktiviti tahun 2018
- Gotong Royong EKSA - pada 6/2/2018
- Lantikan JK Zon yang baru kerana terdapat pertukaran anggota











