3 October 2020

ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN MASA

Pada awal bulan Jun 2020 sehingga pertengahan bulan Julai 2020, telah berlaku renovasi, pembaikkan struktur Klinik Kesihatan Parit yang melibatkan kaunter daftar, bilik kad dan kecemasan.

Gambar di bawah adalah bilik 5 (prosedur dan kecemasan) yang lama. Sebelum renovasi, bilik 5 terletak di tengah-tengah bangunan. Selepas renovasi, ruang/bilik 5 yang lama telah dijadikan bilik kad, kaunter daftar Klinik Kesihatan Parit yang baru, sudut pembantu tadbir, dan bilik MA kanan. Manakala bilik 5/kecemasan yang baru terletak di sebelah kiri pintu masuk utama dan mempunyai entrance sendiri memudahkan dan menjimatkan masa pengendalian kes-kes kecemasan serta keselesaan kepada pelanggan dan petugas kesihatan.




Bilik kecemasan yang baru menempatkan 4 katil. Lebih ramai pesakit boleh dikendalikan pada satu masa berbanding bilik kecemasan yang lama. Seterusnya mengurangkan masa menunggu pesakit. Ruang yang lebih besar juga memberi keselesaan kepada staf dan pelanggan. 


No comments:

Post a Comment