6 October 2020

PENGIKTIRAFAN UNIT TERBAIK 2020


Ucapan tahniah kepada bilik 6 kerana telah dianugerahkan sebagai unit terbaik di Klinik Kesihatan Parit kerana telah memenuhi kriteria komponen EKSA. Anugerah disampaikan oleh Y/M Klinik Kesihatan Parit, Dr. Norlina Anuar kepada Dr. Nik Khadijah selaku PIC bilik 6. Diharapkan bilik 6 boleh mengekalkan kekemasan dan sentiasa mengamalkan EKSA sepanjang masa. Kepada unit lain, sila teruskan usaha untuk memperbaiki segala kekurangan pada masa akan datang.







5 October 2020

PENYERAGAMAN ZON NILAM

Untuk menampilkan imej korporat di zon nilam, beberapa penyeragaman telah dilakukan. Antaranya ialah, penyeragaman warna cat dinding, penyeragaman tetulang fail, penyeragaman warna langsir dan pembalut meja. 

Sebelum ini, warna cat dinding klinik kesihatan parit adalah mengikut warna unit masing-masing kuning, hijau, merah dan merah jambu. Kini, warna cat dinding klinik diseragamkan menggunakan warna cream (merry white) standard warna KKM untuk memberikan imej korporat kepada klinik.


Kerja pembersihan dinding dilakukan sebelum kerja mengecat dilakukan.







Kerja-kerja mengecat dilakukan oleh warga klinik Kesihatan Parit sendiri secara beramai-ramai. Bilik 3,4,5,6,7. bilik penyusuan,bilik pantry, bilik autoclave MCH, bilik suntikan MCH, ruang legar MCH adalah antara bilik-bilik yang berjaya dicat sehingga 18/09/2020.







Warna tetulang fail telah diseragamkan dengan warna biru muda manakala warna nombor fail adalah mengikut warna unit masing-masing. Kuning - farmasi, merah jambu - KKIA, hijau - makmal, merah - OPD









Warna langsir zon nilam telah diseragamkan dengan warna jingga.







Semua pembalut meja diseragamkan dengan satu warna sahaja yang  lebih berimej korporat nampak kemas dan bersih.




AMALAN HIJAU : PENJIMATAN TENAGA


Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di klinik dengan melaksanakan program seperti penjimatan sumber dengan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga secara optimum (eg : notis peringatan penjimatan elektrik)


Meletakkan label penjimatan bekalan elektrik dan air di suis dan paip



Menutup lampu semasa waktu rehat (pukul 1-2 petang) untuk menjimatkan bekalan elektrik


ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN KOS

 

Kesan daripada membaikpulih perabot, perabot-perabot yang kelihatan usang dibaikpulih menjadi perabot ‘ baru’ , cantik dan kemas.

















4 October 2020

ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN RUANG


Unit farmasi telah melakukan pengubahsuaian yang melibatkan susun atur perabot agar kelihatan lebih luas. Gambar di bawah menunjukkan gambar sebelum dan selepas pengubahsuaian. Ruang kelihatan lebih luas berbanding sebelumnya. Hal ini juga lebih memudahkan pergerakan anggota semasa proses kerja dilakukan.








Masalah yang dikenalpasti di bilik 6 (bilik ultrasound) adalah ruang bilik sempit, susunatur perabot tidak sesuai, hazardous dan penggunaan warna yang tidak korporat. Gambar di bawah adalah bilik 6 pada awal bulan Julai 2020 selepas aktiviti EKSA, susun, sisih dan sapu.


Jelas, ruang kelihatan lebih luas, kemas, bersih, susun atur yang functional dan berimej lebih korporat. Penambahbaikan yang dilakukan adalah, mengecat warna bilik kepada warna standard KKM, ubah susunatur perabot dan sisih barang-barang yang tidak diperlukan. Pada asalnya meja bilik 6 mempunyai masalah ‘drawer’ yang tidak berfungsi, permohonan meja baru dan aduan kerosakan telah dihantar. Sementara menunggu meja baru, warga klinik telah menggunakan kreativiti membaikpulih perabot meja. Drawer yang tidak berfungsi dan agak hazardous 





Gambar di atas menunjukkan keadaan ruang legar OPD sebelum penambahbaikan dan selepas penambahbaikkan dilakukan : ruang lebih luas, functional dan kemas.



3 October 2020

ANALISA PENJIMATAN : PENJIMATAN MASA

Pada awal bulan Jun 2020 sehingga pertengahan bulan Julai 2020, telah berlaku renovasi, pembaikkan struktur Klinik Kesihatan Parit yang melibatkan kaunter daftar, bilik kad dan kecemasan.

Gambar di bawah adalah bilik 5 (prosedur dan kecemasan) yang lama. Sebelum renovasi, bilik 5 terletak di tengah-tengah bangunan. Selepas renovasi, ruang/bilik 5 yang lama telah dijadikan bilik kad, kaunter daftar Klinik Kesihatan Parit yang baru, sudut pembantu tadbir, dan bilik MA kanan. Manakala bilik 5/kecemasan yang baru terletak di sebelah kiri pintu masuk utama dan mempunyai entrance sendiri memudahkan dan menjimatkan masa pengendalian kes-kes kecemasan serta keselesaan kepada pelanggan dan petugas kesihatan.




Bilik kecemasan yang baru menempatkan 4 katil. Lebih ramai pesakit boleh dikendalikan pada satu masa berbanding bilik kecemasan yang lama. Seterusnya mengurangkan masa menunggu pesakit. Ruang yang lebih besar juga memberi keselesaan kepada staf dan pelanggan. 


MINIT MESYUARAT HASIL LAPORAN AUDIT EKSA ZON NILAM BIL 4/2020

 

MINIT MESYUARAT HASIL LAPORAN AUDIT EKSA ZON NILAM BIL 4/2020

 

TARIKH   : 18.9.2020

MASA     : 10.00 pagi – 11.00 pagi

TEMPAT : RUANG LEGAR KKIA

 

SENARAI KEHADIRAN :

1)      DR RUFAIDAH BINTI SHAIDAN

2)      PF NURUL AIN MOHAMAD TARMIZI

3)      PT AZUWANA MOHD RAZALI

4)      DR NURHANANI RIDZUAN

5)      PPPK MOHD AZIZAN MD YUSOF

6)      DR RAMPRAVINDER

7)      JM SUHAIDA BINTI ROSLAN

8)      JM NOOR HANA ABU HASSAN

9)      JM ROHAYU ISMAIL

10)   JM NOR FAZILLA BT SHUHAIMI

11)   JTMP SITI FAZIAH BT ABU BAKAR

12)   JM SALMAH BINTI HASHIM

13)   PPP AZAM BIN MUZLAN

14)   PPP SALSABILA

15)   SN HASHIMA

16)   PA AFIDAH

17)   PPK HASLINDA SAPIAN

18)   JM MASIATONSEHA M. YUSOF

19)   SN NURIZAN ABDULLAH

20)   JM HAZNIERA ANJANG ENGGI

21)   JM NOOR AZEEDA AZMAN

 

 

1.0   TINDAKAN HASIL PEMBENTANGAN AUDIT

 

1.1)  Sudut pengiktirafan perlu dikemaskini.

Tindakan/makluman : PIC sudut pengiktirafan 

 

1.2)  Laporan jawatankuasa induk perlu dikemaskini.

Tindakan/makluman : AJK Latihan & AJK Promosi

 

1.3) Pengiktirafan zon nilam daripada tahun tahun terdahulu perlu dikemaskini.

Tindakan/makluman : Setiausaha EKSA 

 

1.4) Pastikan borang KEWPA-7 adalah mengikut versi terbaru iaitu tahun 2020. Borang KEWPA-7 mesti berwarna kuning dan perlu ditandatangani oleh PIC.

Tindakan/makluman : Semua PIC unit 

 

1.5) Untuk peralatan atau perabot yang rosak, sila buat aduan kerosakan dan simpan salinan aduan untuk rujukan semasa audit akan datang.

Tindakan/makluman : Anggota terlibat

  

1.6) Barang yang di simpan dalam kabinet perlu ada senarai ‘master index’. Mohon PIC semak semula dan buat senarai jika tiada.

Tindakan/makluman : PIC unit 

 

1.7) Label pelbagai adalah tidak dibenarkan. Sila namakan label dengan betul mengikut barang yang di simpan.

Tindakan/makluman : PIC unit 

 

1.8) Sila wujudkan ‘dummy file’ beserta senarai pergerakan fail untuk kabinet yang menyimpan fail.

Tindakan/makluman : PIC unit 

 

1.9) Setiap stor perlu menyediakan etika penggunaan stor.

Tindakan/makluman : PIC stor

 

2.0   PENUTUP

2.1) Ketua zon nilam memaklumkan auditor akan turun semula pada dua minggu akan datang. Diharapkan semua dapat membuat penambahbaikan dengan secepat mungkin.

2.2) Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 12 tengah hari dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

 


Disediakan oleh  :                                                                               Disahkan oleh   

NURUL AIN MOHAMAD TARMIZI                                              DR RUFAIDAH BINTI SHAIDAN

SETIAUSAHA EKSA ZON NILAM                                                KETUA EKSA ZON  NILAM